Penubuhan Kedah Digital Transformation Centre (KDTC) adalah hasil daripada cadangan projek Quick Win Sektor ICT di dalam Pelan Transformasi Kedah 2014-2018. KDTC mula beroperasi pada Mac 2015 dan telah dirasmikan pada 13 Ogos 2015 oleh YAB Dato Seri Hj. Mukhriz Bin Mahathir, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. Pada tahun 2019, KDTC telah dijenamakan semula sebagai Kedah Digital Centre (KDC) dan melebarkan sayapnya dengan penambahan pusat latihan baru di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim Kedah. Antara kemudahan yang terdapat di KDC adalah 20 unit desktop, 20 unit notebook, 1 unit pencetak 3D dan tidak kurang 30 modul yang ditawarkan. Sehingga kini, KDC telah menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak dalam pelaksanaan program-program berteraskan ICT dan teknologi digital.
Kami mempunyai pelbagai latihan dan kursus untuk membangunkan... kemahiran dan profesion anda. Tenaga pengajar yang mahir serta berpengalaman akan dijemput bagi menyampaikan pelajaran dan pembelajaran yang disediakan.
Melalui rundingan dan perbincangan secara langsung, penerangan... dapat disampaikan secara praktikan dan pragmatik. Ini akan membantu pemahaman semua pihak berkenaan maklumat yang disampaikan seterusnya semua pihak akan dapat persefahaman mengenai aspek yang dibincangkan.
Kami menyediakan ruang atau tempat untuk sebarang program... seperti latihan, kursus, bengkel atau mesyuarat yang sesuai dengan keperluan anda. Kami menyediakan peralatan yang terkini bagi memenuhi permintaan teknologi terkini untuk disewakan kepada staf, pelajar atau pihak luar yang berminat.
Senang difahami, penyampaian yang sangat jelas, best dan semuanya menarik.
Muhammad Khairin Hazim Bin Jamil
PesertaKursus yang saya hadiri sangat produktif dan ini membuatkan saya dapat mengetahui tentang word 3 in 2 lebih mendalam.
Nur Afiqah Bt Mohamad Noor
PesertaDapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang disertai dan mudah difahami.
Ku Arisya Hana Bt Ku Ahmad Munir
PesertaSaya berharap program seperti ini akan dianjurkan lagi.
Muhammad Ikmal Bin Azmi
PesertaBerpuas hati dengan kursus yang disertai kerana telah menambah pengetahuan saya daripada 50% sehingga boleh dikatakan meningkat sehingga 80%.
Muhammad Hisham Bin Hashim
Peserta