Kenali Kedah Digital Centre (KDC)
Penubuhan Kedah Digital Centre (KDC) bermula sebagai cadangan projek Quick Win Sektor ICT dalam Pelan Transformasi Kedah 2014–2018. KDC mula beroperasi pada Mac 2015 dan telah dijenamakan semula pada tahun 2019 daripada Kedah Digital Transformation Centre (KDTC) kepada Kedah Digital Centre (KDC). KDC mempunyai 2 pusat latihan iaitu di UTC, Alor Setar dan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Sehingga kini, KDC telah menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak dalam pelaksanaan program-program berteraskan ICT dan teknologi digital.
Objektif utama Kedah Digital Centre
01 | Pusat Digital/ICT Negeri | Penyediaan platform dan ICT Infrastruktur bagi rakyat negeri Kedah kearah kompetensi Digital / ICT Negeri |
02 | Pusat Kreatif & Multimedia Negeri | Menerapkan budaya penciptaan dan kreativiti dikalangan masyarakat berbagai peringkat. |
03 | Pusat Digital Ekonomi Negeri | Bertindak sebagai One-stop Centre untuk melaksana inisiatif digital ekonomi negeri |
04 | Pusat STEM Kedah | Menyelaras, merancang dan melaksanakan inisiatif berkaitan STEM Negeri |
Perkhidmatan Yang Disediakan
![]() |
![]() |
![]() |
Kami mempunyai pelbagai latihan dan kursus untuk membangunkan kemahiran dan profesion anda. Tenaga pengajar yang mahir serta berpengalaman akan dijemput bagi menyampaikan pelajaran dan pembelajaran yang disediakan. |
Melalui rundingan dan perbincangan secara langsung, penerangan dapat disampaikan secara praktikan dan pragmatik. Ini akan membantu pemahaman semua pihak berkenaan maklumat yang disampaikan seterusnya semua pihak akan dapat persefahaman mengenai aspek yang dibincangkan. |
Kami menyediakan ruang atau tempat untuk sebarang program seperti latihan, kursus, bengkel atau mesyuarat yang sesuai dengan keperluan anda. Kami menyediakan peralatan yang terkini bagi memenuhi permintaan teknologi terkini untuk disewakan kepada staf, pelajar atau pihak luar yang berminat. |